Tuesday, December 8, 2009

ada apa dengan Followers ?


tiba tiba aku rindu pulak dekat
"Winston Merah."
peneman suka duka.
saksi kehidupan aku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
blogger.com cakap
"Followers are people who are interested in your blog"
hehe

betul ke?

tapi tadi baru aku tahu.

"Followers adalah orang yang ternanti nanti post terbaru kita.
dan rasa HIDUP apabila membaca tulisan kita."

p/s: trimas follow ini blog. HAHA!

Saturday, December 5, 2009

Pelangi ke-tujuh

warna pelangi ke enam seakan akan melambai..
dan warna pelangi ke tujuh seolah olah membenci..

namun aku si juragan hitam.
terus gembira di balik empat segi ber-bucu satu.
bermain dengan bayang bayang.
walau ter-kadang terasa ingin akan kilauan pelangi.

namun,
aku selesa menjadi budak hitam tanpa kilauan warna pelangi.

:)

---------------------------------------------------------------------------------------------cerita terbaru:
tidur aku makin tak lena
dek musim sejuk yang makin meng-gila
dan aku pulak
makin kerap pekena nescafe panas.

" MEMANG TAK BOLEH TIDUR LA!! "

haha

Sunday, November 29, 2009

hello aidiladha


Allahuakbar, Allahuakbar, wallillahilham..

haiii.. korang semua sehat?
maaf dah lama tak update blog. busy doe.
di kesempatan ini aku nak ucapkan
"selamat menyambut Hari Raya Aidiladha"
kepada keluarga, rakan rakan, dan kenalan semua.

lama gila tak update blog. bukan ape..
hari tue exam, dan semua semua la. :D

good luck kepada kawan kawan yang tengah amik SPM, STPM & Final paper kolej korang.

-----------------------------------------------------------------------------------------

( aishah ibrahim bagi picture nie. chantik kan? )

cerita terbaru:

" gua dah boleh cakap arab. tapi gua sound stupid sikit bila gua speak arab. HAHA!"

nak dengar sikit tak?
okeii..

"ya am, wahid sheesa tukhfah wa tenin asyir manju"

maksud nya

"wahai abang, bagi aku satu sheesa epal dan dua jus mango"

p/s: aku pun rindu kauorang semua. :)

Tuesday, November 3, 2009

aku bukan ulat buku, aku cuma ulat bulu

lupakan tajuk yang mengancam itu, dan teruskan membaca.
HAHA!
ingat lagi masa kecik kecik mak beli kan buku kartun.
arnab dan kura kura.
baca 40 kali bai. khatam!

sekarang dah sampai tahap aku kena baca
bab anatomy, physiology, hystology & biochemistry.
hahhh!
ini yang aku nak citer.

yang special nya buku dan buku - buku nie.
hari hari aku baca.
bukan baca je, sampai tidur sama sama lagi.
sebab apa korang tau?

sedang aku asyik membaca...
tiba tiba..buku seolah olah berkata
"do you want me to let you go, so you can sleep?"
HAHA!

Wednesday, October 28, 2009

jom mapley!

ouh hari nie internet sangat laju.
tapi malang
aku sekarang dibawah kawalan masa GMT+02
sape pun yang nak online facebook, ym sekarang nie
:)
---------------------------------------------

cerita kedai teh
ouh, aku rindu suasana minum teh panas di kedai mamak.
sambil melipatkan kaki di atas bangku berkaki empat.
mana nak cari kat sini bai?

cerita pasar malam
ouh, aku rindu suasana tawar menawar dan bau ayam percik.
sambil berjalan mengeluarkan bunyi seretan selipar "sret sreet".
mana nak cari kat sini bai?

p/s: jom mapley! hah. (angan angan je kiba.) :D

Saturday, October 24, 2009

cerita aku tentang "DULU"

kalau "DULU"
kita sepak dinding
pakai selipar kotor dek lecah hujan.
memang setepet lah tompok dekat dinding tue.
tapi dunia moden lah sekarang,
tumpah kn ape ape pun dekat dinding tue
boleh di lap lap.
elok balik.

p/s:"canggih nya cat yang sekarang, kerana kesilapan cat yang dulu"
---------------------------------------------------------------------

oh kamon lah.
dengar cerita aku.
sebab ada "DULU", berdiri nya aku sebagai aku hari ni.

mama pernah berkata pada adik.
"abang dulu gangster. tidur dalam balai polis sume dah merasa"
tapi itu dulu.
"DULU" itu pada aku 2003-2005.

Wednesday, October 21, 2009

ngehhh

saje letak gambar. tak nak letak sebenar nye.
tak hensem ah.
kantoi pendek lak tue.
tapi ade niat lain.

niat aku letak gambar nie.
nak tunjuk kat mak apak aku.
mak apak aku merupakan follower terhebat blog nie kot.

aku pergi tak main main.
belajar belajar.
:)




p/s: fighting kiba fighting! ;D haha