Sunday, June 28, 2009

abang kantin

nama : kiba
umur: 19 tahun ( 21 hari lagi) =)

nie la dia abang kantin yang selalu lalu aku sebutkan.
haha.. nak kenal ke?
hahaha

p/s: first time aku post gambar aku dlm blog nie. hehe

Saturday, June 27, 2009

transformers di celah kesibukan.

minggu nie lah minggu yang terlampau busy.
sampaikan nak online facebook, myspace, nak update blog pun x sempat.
haihhh. letih kerja. kumpul duit, nak setelkan semua benda.
hari nie hari sabtu, kantin kena bukak sebab ada hari karnival.
faham faham lah org yang dtg macam mana. hahaha
letih letih letih. haihhh
mengeluh je kerja aku skrg nie.

tapi busy busy pun sempat jugak jadi yang terawal
tengok cerita transformers: revenge of the fallen. hahaha
tersangat sangat sangat sangat lah besh. perghhhhh
terkesima. salute lah kat semua crew2 transformers nie.
lawak, sirius, romantik, fighting.. semua lengkap lah..
hehe

p/s: kalau lah aku transformers rilek je en. kerja lawan lawan je. x yah nk busy busy nie. hahaha

Sunday, June 21, 2009

selamat hari bapa

" selamat hari bapa!! utk semua yang bergelar bapa"

sedang semua orang sibuk fikir hadiah utk ayah.
aku terbaca satu buletin post dalam myspace.

"takziah utk M. dia baru sahaja kehilangan ayah tercinta
moga moga M tabah dan sabar. ALLAH lebih sayang akan bapa M"

kesian nya.
sementara kita yang masih ada bapa.
sayangilah bapa kita seperti mana mereka menyayangi kita dari kecil.
hehe
=D
" selamat hari bapa ayah. tiada ayah se-best ayah.
abang tau ayah tgh baca blog nie. hehehehe"
=D

P/S: tak sabar nak jadi bapa. untung jadi bapak, ada hari bapa. jadi anak, takda lak hari anak. hahahaha

Friday, June 19, 2009

jangan lupa lirik

"hello hello.testing testing. satu dua tiga"

haha. suka doe tgok citer jangan lupa lirik.
best tengok orang hafal lirik nie.
kalau aku nie power hafal lirik. dah masuk dah.
masalah nya aku nie susah nak hafal lirik.
kadang kadang nyanyi mesti ada word yang aku ubah.
haha.tapi masuk la dengan lagu die.

tapi ada satu je lagu yang aku hafal lirik dia.
the killers - mr.brightside.
huh nie lagu favourite aku doe. kalau karoeke pun amik lagu nie.
hahaha.

P/S: nyanyi pun tak sedap ada hati nak masuk jangan lupa lirik kiba nieh? (mesti korg cakap macam nie kn) ahahahah

Wednesday, June 17, 2009

myspace.

disebabkan ramai yg bertanya
"kenapa myspace baru?"
"account baru ke?"
"ait. kata dah delete?

hahaha.
sebenarnya aku aku tak tahan doe kalau takda myspace.
bosan gilak.
lagi pun hari tue delete sebab ada sebab.
k.
haha

P/S: sebab apa? ada la. nak tau jugak? kasi RM5.50 . hahahaha

Sunday, June 14, 2009

dalam dunia duit

hari nie terfikir pasal duit.
dunia skrg nie, semua benda kena ada duit.
sampaikan lepak pun kena ada duit.
bukan tue je, nak buang air pun kena ada duit.
nak buang air je pun dah cecah RM1.
baik minum air. hahaha

bila nak cari duit tue payah nya bukan main.
tapi bila hilang nya duit tue senang je. kn kn?
ahaha.
pandai pandai la kawal duit ye, boros tue syaitan suka. =D
banyak banyak kan la bersedekah. semoga kita murah rezeki.

P/S: ada sapa sapa banyak duit x? meh la belanja aku makan, dapat pahala ooo. hahaha

Friday, June 12, 2009

Fry'day di kuching

dah lame tak post entry baru. since aku pun baru pulang dari kuching.
kuching, SARAWAK.
destinasi terakhir dalam malaysia yang aku tak sampai lagi.
akhirnya, sampai juga. dan kini pulang dengan bermacam
khazanah pengalaman dari kuching.
hahaha

sempat ke.
sariken syurga membeli belah (tapi kelantan lagi murah rasanya)haha.
muzium muzium (yang seram seram belaka) haha.
waterfront (memang tak akan jumpa di semenanjung)
dan byk lagi...

bagi kaum laki kalau nak cuci mata mmg sesuai lah ke KUCHING.
haha. jgn tanya mengapa. pergi dulu baru boleh tau. haha

P/S: nak kek lapis ? nak terubuk ikan masin? meh la dtg umah..hehe

Wednesday, June 3, 2009

kuat - nya jari kau !

haha. dunia sekarang nie, beza sangat dengan dunia masa lampau.
ye la, dunia sekarang nie kekuatan adalah dihujung jari.
kalau umat zaman dulu nak tengok kuat ke tak, tengok dekat lengan die.
tapi umat sekarang nie, lain, kita tengok dekat besar nya jari dia.
haha.

umat dulu dulu rajin berkebun,
tapi umat sekarang nie rajin ber-blog.
lagi lagi dengan menaip mesej fon nya.
kn kn?
haha

P/S: sape sape nampak org berlengan besar, jgn anggap dia kuat, cucuk ubat je tue. hahahaa

tapi kalau nash lain, die main rugby tue pasal la besar. haha

Tuesday, June 2, 2009

kutu lepak

hehe. hari nie entry pasal lepak.
lepak nie selalu org fikir busuk kan.
tapi disebalik lepak nie, ada jugak faedah nya.
lepak nie sendiri membantu ekonomi negara.
dan byk lagi.haha.

cuba bayangkan kalau tak ada budaya lepak.
mesti semua kedai kedai makan lingkup.
mesti public transport hangus.
mesti semua shopping mall bersawang.
then, semua umat macam "katak bawah tempurung"
tak up to date.haha

P/S: tapi lepak tetap ada keburukan nya. hehehe ( kiba ni cakap je lebih doe) hahaha

"demi masa, sesungguh nya manusia kerugian
melainkan yang beriman dan beramal soleh."

Monday, June 1, 2009

rockstar central market

wahh..untung nye korang dpt tgok idola aku.
aku jumpa gambar dia nie kat flickr.
aku tak kenal dia nie.
tapi dia adalah busker di kaki lima central market.
setiap kali aku menaiki bas di CM aku akan jumpa dia.
setiap kali aku menunggu si dia pulang, aku menonton persembahan dia.
seronok melihat si hensem nie main gitar.
ada gaya seorg rockstar. gaya santai dia nie la buat dia jadi idola aku.
haha.

barangsiapa yang kenal dia nie, kenal kan la doe. nak belajar ilmu busking dari die.
hahaha

P/S: kalau jumpa dia jgn terpukau dgn seluar bowcut yg dia pakai. dan jgn lupa letak seringgit kat box gitar dia. support la si busker hensem nie. hahahaha

friendship just like...

baru je pulang dari Kuala Lumpur.
jumpa rakan rakan lama.
terima kaseh semua..
terima kaseh nash, ijal, jalil, smith, lebat, ben, joned dan lain lain.
besh main futsal semalam.
besh dapat borak borak dgn korg semalam.

ada peluang jumpa lagi.
perhubungan kita tak akan putus
macam air sungai yg deras mengalir.
masing masing selamat berjaya ye.
=D

P/S:
"friendship just like..
the longer the tea bag soaks in the water,
the richer the tea"

nash lauk kenduri rumah kau terbaek doe.hehe