Friday, July 31, 2009

SETEM

dia nie promoter movie SETEM. haha

hehe. akhirnya berjaya jugak jadi yang terawal tengok citer SETEM nie.
wahh. besh gila doe. sebulan lepas tengok trailer je.
semalam pukul 5.15pm tiket. sanggup doe aku pegi sitiawan nak tengok.
dah la dapat tiket murah. RM6 je. sebab pakai student card en.
:)

SETEM. terbaek. memang kelakar.
gelak sampai nak terkencing. nanti tengok korang tau la. haha
jalan cerita yg terbaek. pelakon pelakon yang mantap.
angle shoting die. pergh. biasa la. khabir bhatia en.
;) mmg 10/10 la aku bagi untuk cerita melayu.
sapa lah punya idea en buat cerita nie.
gempak!! haha

p/s: nanti nak cek koleksi setem mak aku la. mana ada yg betul betul macam dalam cerita nie.
hahaha. (mama jgn sorok!!) ;D

Thursday, July 30, 2009

pengorbanan seorang ayah.

ayah aku yg kiri sekali. gambar dia pergi memancing. hehe

sekarang ayah aku dah naik pangkat.
disebabkan naik pangkat terpaksa lah ayah aku kerja dekat ipoh.
jauh dari keluarga,
jauh dari kehidupan biasa,
jauh dari atmosfera aku.

walaupun aku melawan bila di leter.
tapi sebenar nya jauh dalam sudut hati aku.
aku rindu leteran itu.
;)

ayah kerja kat ipoh elok elok.
hujung minggu balik, mandu 20km/j sudah. haha
=) take care ayah.

p/s: ayah hari tue abang mancing tak dapat ikan ouh. noob gila. hahaa

Tuesday, July 28, 2009

land of the lost ; this what i called movie untuk ketawa

perfecto. memang terbaik lah cerita nie.
so, aku suggest kat korang tengok la movie nie.
tak payah la nak tengok harry potter kalau korang bukan peminat setia.
tak payah la nak tengok cerita hantu skrip 77- - tue. membazir. sumpah.

tadi aku pegi tengok dengan atuk dan kucem.
ketawa besar dibuat nya.
haha. memang nak pecah perut la tengok. gelak non stop.
lawak lucah, lawak bodoh, lawak spontan, & bla bla bla.
lengkap lah. memang rugi sapa tak pegi tengok. =)

p/s: tak sabar nak tunggu movie "SETEM". jom sapa nak teman aku pegi tengok? haha

Monday, July 27, 2009

dasar penipu

selalu tak korang kena tipu?
biasa la kan hidup. bersepah orang menipu.
kadang kadang ada untuk kebaikan.
tapi kebanyakan nya sebab nak hidup la kan.
haha

tapi sedar tak selalu bila orang tipu kita.
masa dia cakap tue, macam terpukau je.
percayaaa je. setiap kata macam betul.
tapi bila kita dah balik rumah baru rasa.
perasaan macam kena tipu tue muncul.
kan kan.? haha.

p/s: aku tak rasa tertipu bila korang cakap blog aku hensem. haha. eceyh. gurau ja weyh.

Sunday, July 26, 2009

sepotong kek manis secret recipe


"I wish that you knew when I said two sugars,
actually I meant three"

p/s: korg suka kek apa dkt secret recipe? aku suka tiramisu. =)

Thursday, July 23, 2009

entry 19 tahun.

sedar tak sedar dah 19 tahun dah aku nie.
tadi cek profile kat myspace pun dia dah tukar jadi 19.
haha.

dah besar nie makin banyak dugaan cabaran yang datang.
tapi aku sendiri yang kena tentukan masa depan aku.
yang lepas biar lah lepas.
mungkin ada hikmah yang tuhan tunjukkan. betul bukan ?
moga moga jalan yang aku pilih betul lepas lepas ni.
tapi kita tak tau dugaan yang mendatang.
tuhan selalu uji umat umat nya agar tidak lupa diri.

aku bukan engineer macam Will Smith dalam movie Seven Pound.
yang boleh baiki mesin dalam satu malam tanpa bantuan.
dan membuatkan si jelita jatuh hati untuk mencintai nya.
tapi AKU adalah AKU yang tahu apa AKU buat.

terima kasih ayah mama adik adik dan kawan kawan. =)

-KIBA algebra-

Wednesday, July 22, 2009

orang selalu cakap


orang selalu cakap
kita hidup sementara. jangan sia sia kan kiba.
tapi aku macam dah sia sia kan hidup aku.

orang selalu cakap
kau nie kental, tabah kan kiba.
tapi aku tak setabah macam orang lain lihat aku.

orang selalu cakap
kau ni cool, rilek je kan kiba
tapi aku bukan macam yang korang sangka.

orang selalu cakap
jgn bunuh aku. aku belum kahwin.
tapi aku lebih rela di panggil ILAHI ke sisi nya daripada mencintai duniawi.

p/s: what if i say i want to close my eyes forever.

Sunday, July 19, 2009

friends wish on my bufday


klik pada salah satu gambar.

thanx korang sebab wish hari jadi aku.
aku sangat sangat menghargai nya.
sayang kauorg doe. sangat sangat. =)
nie kawan kawan aku dkt facebook dgn myspace.
ramai gila yang wish. terharu gila. =)
trimas trimas.
tak lupa juga dkt mama, ayah, adik beradik. =D

emm. yang wish dkt fon dgn blog
ayeep, fieda, bell, atlia, ben & joey, din, penny,
mayamin, ayin, mye, icha, jalil, fara, pojan.
insan misteri, dila john, ogie, liz, fana, zera,
nash, faraa.
thanx yer. sayang kauorg jugak=) hahaha.

special thanx to kucem. die wish waktu official. 1.04 am. haha n thanx sebab siap post kat blog kau lagi. hehehe

p/s: normala samsudin wish ouh. speechless.
hahaha

Saturday, July 18, 2009

happy 19th birthday to me

18 julai 1990 pukul 1.04 AM lahirnya aku ketanah melayu ini.
di hospital universiti kuala lumpur.
sekarang pukul 1.04
18 july 2009.

yayyyy. dah 19 tahun dah. hahahaha
lagi enam tahun boleh kahwin dah. hahaha
gurau ja weyh.
em em.

would like to say trimas to
ALLAH yang maha esa kerana memberikan aku nafas untuk terus hidup selama ini.
mama sebab melahirkan "abg" dan membesarkan "abg"
ayah sebab mengajar erti hidup pada "abg" dan membesarkan "abg"
adik kembar sebab jadi kawan karib teman mainan dari kecil sampai besar.
oman dan nina sebab jadi adik yang baik sepanjang hidup abg.
kawan kawan kampungku, sahabat handai di sekolah,
teman teman di UM. dan rakan rakan semua tak kira bangsa dan ugama.
terima kasih kepada korang korang semua.
tanpa korang siapalah aku di muka bumi ini.

trimas trimas dan sekali lagi trimas.
=) =) =)

i LOVE you much much. =)

Wednesday, July 15, 2009

caller ringtone lagu jawa

selalu bila angkat fon mesti orang cakap
"hello"
kan kan?
tapi kalau aku lain.
bila angkat fon je. mesti orang tanye
"lagu ape lah shial kau nie?" hahahaha
"lagu jawa ke ko punye caller ringtone nie?" hahaha. budus

caller ringtone aku, lagu purevibracion - mi gal.
lagu reggae favourite. mana ada lagu jawa nye.
haha. fisrt first dulu dia cakap free.
ceytt. mana ada free. setiap bulan kena bayar.
nasib la 3ringgit sebulan.

p/s: tau la aku anak jawa, tak kan la taksub sangat sampai aku nak letak caller ringtone pun lagu jawa. hahahaha

Tuesday, July 14, 2009

hanya sebuah poster

aku ada poster nie.
bilik aku kat UM dulu, poster utama bilik aku poster nie la.
dapat free dalam dont panic nya merchandise.
dari dulu sampai sekarang aku rasa memang sesuai tafsiran poster nie dengan diri aku.
dulu aku selalu cakap kat kawan baik aku
"aku rasa aku lah orang dalam poster nie"

cuba korang tafsir poster nie.
lain orang lain tafsiran nya kan?

p/s:if there nothing there to ease this ache..then i guess, i just got myself fed up.

Monday, July 13, 2009

Michael Jackson di serang lanun

assalamualaikum.
hehe. first time aku mulakan entry dgn bagi salam. hehe.

actually, baru je pulang dari pasar malam nie.
singgah tengok dvd cetak rompak.
yang paling top dvd minggu nie.
dvd Michael Jackson la.
haihh. rezeki dia melimpah limpah lepas dia meninggal en.
bayangkan la, dia meninggal je, semua orang duk sedut lagu lagu dia kat laman web.
bukan rezeki Michael Jackson je sebenarnya.
rezeki lanun lanun cetak rompak sekali. haha. kayo la depa.
hahaha renung renungkan lah.

p/s: " Michael Jackson Kena Halau Balik India Utara." korang tau apa dia nie? hahahaha

Sunday, July 12, 2009

cerita terima kasih

haihhhh. setelah sekian lama tak post apa apa.
hari ni dapat la jugak sedikit masa untuk aku post entry baru.
emm. banyak nak cerita. sebab lama sangat aku tak kongsi apa apa kan.
since kawan kawan aku balik ke kolej masing masing.
aku asyik tidur je, makin takda masa nak online.
sampai takda masa nak post entry baru.

entry kali nie nak thanx kat kawan kawan kampungku.
adik, din, luqez, pakcu, pojan, emi, ayin, alvin, vinesh, dll.
thanx la sebab menjayakan kita punya barbeque hari tue.
besh gila la. thanx kat din sebab buat ayam berempah terboek punya.
hahaha.
=( sekarang korang semua dah balik kolej. tinggal lah aku sorang sorang kat sini.
sedih je. rindu korang doe.

second thanx pulak dekat kawan kawan kuala lumpur.
tempoh hari aku datang korang layan baek punya.
thanx joe sebab karoeke dgn aku.
thanx jalil, butet, bapak & bell sebab dpt lepak sama sama kat mid.
main bowling gelak gelak. haha

dan thanx to my family sebab berada di sisi ku sepanjang percutian ku ini.
hehehe

p/s: dipetik dari twitter Oprah "Live Your Best Life".