Sunday, August 30, 2009

your body on bean burritos

atas permintaan shax.
yang nak bukti aku ada threadless tee.

nie dia
mamat yang buat muka macam
tyson ritter vocalist the all american rejects
sedang pakai
"your body on bean burritos"

nie je la baju raya tahun nie

p/s: shax nnti bufday kau aku belikan k. sapa nak, bgtau bufday korg. insyaALLAH. haha ;D

Saturday, August 29, 2009

ibnu kiba

pusing punya pusing.
mana depa?

depa dah lari la.
lari ke arah surga barangkali.
tapi aku terus pusing dan pusing.
tak makan dek angin kuat.
tak lekang di mamah pening.

pening aku.
tapi aku tahu ini jalan yang sama.
seperti dia.
yang bergelar ibnu sina.

p/s: ibnu kiba dicipta oleh kembar aku sempena sesuatu. ;D

Tuesday, August 25, 2009

eklan cinta sunselk ; part 2

sunsilk hitam sedih ogos dan ramadhan tahun ini.
iklan nya tidak ditayangkan lagi.

bukan noktah cerita disini.
walau cerita cinta nya bersama sunsilk merah jambu
tiada siapa yang tahu.
biar lah sunsilk hitam sahaja yang tahu.

sunsilk biru muncul hari ini.
membawa seribu satu makna untuk sunsilk hitam.
lalu sunsilk hitam kembali berdiri.
melihat awan.
lalu berkata
"pahala aku kah ini tuhan?"

;)

Monday, August 24, 2009

hitam

buka pintu itu !
aku mahu pergi dari sini.
hitam putih itu bukan lah yang aku cari cari.

kalau bisa aku ingin disarung putih saat ini.
aku berhenti bukan bermakna aku henti.
aku berhenti kerana aku mati.

Sunday, August 23, 2009

eklan cinta sunselk

sunsilk hitam terus mencari cari.
katanya tadi dia di atas. berlari sunsilk hitam ke atas.
tiba tiba kata nya dia di bawah pula.
meloncat sunsilk hitam ke bawah.

lalu..apa yang di cari tiada.
sunsilk hitam sedih pilu.
bukan noktah cerita nya disini.

cahaya kilauan bersinar dari arah itu.
"woah. itu dia sunsilk merah jambu"

rupanya sunsilk merah jambu malu untuk pertemuan kali pertama.
ouh betapa gembiranya hati sunsilk hitam. ;)

-iklan sunsilk pada ogos dan ramadhan dua tahun lalu, 2007-

Friday, August 21, 2009

hei wonderwoman

hei wonderwoman
luna bikin aku riang hari ini
barangkali roh aku yang dulu, pulang ke pangkuan
senyum dan terus senyum diri ini.

mari senyum sekali hei wonderwoman.
aku hanya berangan di awangan.

nanti kau terbang, jangan lupa
bawa aku terbang bersama
ke sana ke mari.
meninggalkan sekumpulan burung
burung yang terbang di balik dayabumi itu.
mengapai awan yang memiliki maksud setiap warna nya
ayuhhh

Wednesday, August 19, 2009

goblog


goblog.
kalau dengar sekali.
apa yang akan kau bayang kan?

tapi jelas, aku dan kau masing masing goblog.
kalau aku boleh kau bilang goblog.
sekarang terang siapa goblog?

aku melayu yang ada geliga.
tunggu aku di umur 25.
itu janji aku.

Tuesday, August 18, 2009

romeo dan juliet

aku tongkat kan motor aku di bawah pokok itu tadi.
baring berbantalkan tangan menghadap langit gelap.
di atas motor yang barai milik kembar.

lantas hujan renyai renyai turun di kala aku melihat langit.
laju aku menyedut asap asap konon pemanas cuaca sejuk.
si hitam hensem mula meluahkan masalah cinta nya.
aku dalam lamunan hujan dan langit gelap terhenti seketika.

jujur aku bukan pakar dalam hal ini.
tapi aku berpengalaman untuk menceritakan buruk baik nya.
dan aku tetap tahu apa yang aku tahu tentang romeo dan juliet.

Monday, August 17, 2009

love without talking


thought you'd never ask

hari nie videowalking dekat facebook.
jumpa video nie.
mesti korang pun akan cakap sweet video ever.


p/s: chantik kan die nie. woahhh. geram geram. =)

embun

yang akan..
aku bawa ke surga.
yang menjadi saksi
buruk baik nya aku.

dan tenung lah aku sedalam dalam yang kau mahu.

bila mana ianya henti menjadi milik aku
akan ku hargai embun embun ilahi ini.


p/s: ehem ehem. ;)

Thursday, August 13, 2009

aku si polan

mana pergi nya kamu?
ada kah saya yang lalai untuk berlaku adil.
untuk berlaku adil dalam menjaga hati kamu.

kadang kadang saya fikir juga.
hati adalah hati.
hati bukan nya cermin.
bukan mudah pecah tapi senang terluka.

keluarga mahupun sahabat.
masing masing mempunyai hati yang perlu saya berlaku adil.
ampun jika saya hilang kawalan.

p/s: sapa nak teman aku tgk g.i joe untuk kali ke-2? besh doe G.I joe. ;D

Wednesday, August 12, 2009

sohai

muka aku sekarang ade lah macam nie kot.
haihh. sibuk sibuk sibuk.
macam macam nak dipikirkan. itu ini itu ini.
sampai bila ntah.
sampai aku nampak malaikat maut agaknye.

5 hari nie 4 kali jugak la brek emergency.
kalau x. samar samar la aku boleh teruskan ke tak blog nie.

itu je. sambung keje. sibuk sibuk sibuk dan terus kan yang sibuk.

p/s: ada apa apa nak tanya ? ;D

Wednesday, August 5, 2009

penawar H1N1 laris dijual !!

Aku membenteng diri dengan nama tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan,
Aku berpengang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib,
Aku bertawakal pada Tuhan yang Hidup dan tidak mati selama lamanya.
Semoga kira nya engkau hindarkan kami ya ALLAH dari bala dan wabak.
Sesungguhnya engkau maha kuasa atas tiap tiap sesuatu.

bukan ubat bukan penawar
tetapi hanya doa yang satu
bacalah moga moga dijauhkan
daripada wabak selsema h1n1.

p/s: tidur jangan lupa pakai mask. makan pun jgn lupa pakai mask tau. hahahaa ( gurau ja )

Monday, August 3, 2009

i named him " m a r l e y "

hensem x? hahaha. nie la kucing baru aku.
aku panggil Marley.
mama panggil cing.
yg lain lain panggil putih kecik. haha

kat rumah aku nie ada satu je kucing, dah tua dah pun.
since aku darjah 4 dah bela. skunk dah tua.

tapi yang besh nya, kucing nie datang rumah aku.
masa aku balik dari KUCHING, sarawak.
balik balik bercuti, tiba tiba ada kuching nie.
hehe. rezeki tuhan bagi.
moga moga murah rezeki.

p/s: bela kucing nie bagus, murah rezeki. muka pun hensem. hahahah. gurau je. ;D