Wednesday, September 30, 2009

Acer Aspire 4736z dah takdee

entry nie lagi langsee daripada sebelum nie
sebab aku post entry nie pakai..
pakai...
computer cc.
kah kah.

rumah aku kenah pecah masuk perompak!!!
acer aspire 4736z lesap.
dan lain lain lesap.
kah kah kah.

dan aku bernasib baik daripada tikaman parang perompak.
kah kah kah

p/s: sebenar nye sedih doe. :(

Monday, September 28, 2009

trimas yer

nie entry paling langsee.
sebab aku post entry nie
aku post entry nie
pakaii...
Acer Aspire 4736z.
hehek.

trimas mama dan ayah untuk hadiah belajar paling mahal nie.
:)
lepas nie abang tak mintak ape ape da.
cuma abang nak tiket balik kampung tahun depan je.
hahaha


p/s: gelabah je kiba. kalau sony Vios takpe gak sembang. hahaha.

Wednesday, September 23, 2009

sumbat-an raya

kenapa mulut asyik menyumbat?
perut pulak dah macam tauhu sumbat dah nie.
bontot pulak dah tersumbat. lagi parah.
ouh mulut, hentilah menyumbat.
;)

p/s: haha. jom keni rogess ! sape nak blanje?

Saturday, September 19, 2009

kisah satu hari sebelum raya

sepuluh jam yang lalu. Hospital Besar Teluk Intan.

aku merenung tepat kemajalan yang akan menembusi urat darah di antara bisep dan trisep aku.

" sakit tak?" sinis jururawat yang jelita konon menghina kelakian aku

" tak " jawab aku tenang secara jujur sambil melihat mata nya.

cerita aku dan jururawat berhenti disitu tanpa pengakhiran yang berbunga bunga.

darah aku yang di ambil di uji. di kaji. di belek.

dan konklusi daripada darah itu

aku kena DENGGI dan paling best esok RAYA.

p/s: padan muka. ;(

Friday, September 18, 2009

gua rasa sesal

sebab nie -> heroin NUR KASIH, TV3
gua rasa menyesal.
gua rasa khabir bhatia perbodohkan gua selama nie.
buang masa je gua sakit hati.
buang masa je gua jatuh hati dekat NUR.

nasib baik aidil jumpa awek lagi cun.
khabir bhatia kau pun satu.
cari la pelakon yang sesuai doe.
minah tue kaki club, tudung tak pakai pun,
belanja sana belanja sini (belanja badan la kn) :)

kalau bagi awek eklan sunsilk yang cun gila pandai main bola tue belakon pun takpe.
kah kah kah

Monday, September 14, 2009

sepuluh

sekian atas nama aku.
aku tak minta sepuluh juta.
cuma sepuluh yang aku pohon.

bagi aku.
tidak ada manusia yang sempurna.
tidak ada manusia yang nilai nya sepuluh.
tapi aku harus selalu berusaha.
supaya aku nilai nya sepuluh.

p/s: kali nie korg faham kot? haha =)

Friday, September 11, 2009

bocah cilik

bocah cilik
jangan kau sangka kamar dada ku juga cilik
sedu sedan mereka bilang dua.
dan kau di bintangi tiga.
sekali kau enggan tutup jendela
terus ada curahan angin angin surga.
lena nya kamu si alpa tentang pelena
muntah peluru bebas mengisi kulit kulit kasar.

kala malam menjelang
aku melihat pohon tak henti merengus.
aku butuh malam seperti lalu.
bukan selalu dan ia tetap menjadi lalu.
kerana sang lalu adalah wajah tulisan aku si bocah cilik.

Wednesday, September 9, 2009

tanggal 09.09.09

kosong sembilan di ikuiti noktah.
di ulang tiga kali berturut.
gratis untuk kamu kamu dan aku.

aku cipta sejarah ini.
juga membuka mata kamu semua.
seolah timbul seperti kapas di atas air.
di dalam dunia yang begitu jelita.

kita bukan istimewa.
aku tak hirau kalau kau terluka.
dan aku tak endah kalau aku sendiri dibenci.
yang aku cuma mahukan
adalah satu jiwa yang sempurna.

Monday, September 7, 2009

angker

tengah malam itu.
teman lah aku
aku takut.

dupp dupp bunyi hati aku seperti meng-agakkan sesuatu.
"eettttt" bunyi pintu yang berengsel karat.
"ya ALLAH, apa semua ini" hati mula gelisah gulana.

besar sangat ke nyamuk nak tolak pintu?
besar sangat ke ***** nak takut kan aku?
haishhh. peluh terus mengalir.

lantas dengan pantas aku toleh kebelakang.
tiada siapa. tiada kelibat.
cuma lembaga tua ini yang aku buat aku mencarut.
p/s: nama dia putih. umur dah 8 tahun. memang tak hensem. hahaha. :)

Thursday, September 3, 2009

pencuri hati bertopeng

nota yang ditinggalkan oleh si gades untuk penyiasatan polis
kejadian dua minit sebelum polis menemui nota di atas;

PENCURI: shhh!!!!

SI GADES: erkk. (si gades senyum)

PENCURI: kenapa awak senyum ? saya datang nak mencuri nie. pelik !
SI GADES: saya tahu, awak nak curi hati saya bukan ?

PENCURI: ouh makna nya awak sedia di curi lah nie ?
SI GADES: dengan ikhlas dari hati, saya bersedia di curi.

PENCURI: hah. kalau begitu. mari lekas. sebelum polis datang. aku sedang dijejaki.
SI GADES: gee. ikat tangan saya, balut mulut saya. bawa saya pergi.

PENCURI: saya bukan dah ikat tangan awak. malah saya dah ikat hati awak dalam hati saya.

p/s: pencuri kirim salam kat pembaca semua. ;D

Tuesday, September 1, 2009

gondrong lah kau gondrong

gondrong lah kau gondrong
biar aku bela panjang panjang.
agar makin gondrong.
supaya tua tidak berpulau.
kelak tua tidak memutih.

gondrong aku kemas.
gondrong aku di sikat rapi.
jangan kau rampas gondrong aku ini.

gondrong lah kau gondrong.
gondrong mana jika hari hari beribu yang gugur.
tarik satu beriban yang jatuh.
hah. sayang betul.

-Gondrong bermaksud rambut yang tebal dan panjang-