Wednesday, October 28, 2009

jom mapley!

ouh hari nie internet sangat laju.
tapi malang
aku sekarang dibawah kawalan masa GMT+02
sape pun yang nak online facebook, ym sekarang nie
:)
---------------------------------------------

cerita kedai teh
ouh, aku rindu suasana minum teh panas di kedai mamak.
sambil melipatkan kaki di atas bangku berkaki empat.
mana nak cari kat sini bai?

cerita pasar malam
ouh, aku rindu suasana tawar menawar dan bau ayam percik.
sambil berjalan mengeluarkan bunyi seretan selipar "sret sreet".
mana nak cari kat sini bai?

p/s: jom mapley! hah. (angan angan je kiba.) :D

Saturday, October 17, 2009

tulisan kosong pertama dari aku di cairo

-baru lepas skype dengan family-

haii.
lama dah tak tak post blog.
alhamdullilah skunk nie dah dua minggu dekat cairo.
terkapai kapai lagi la.
bukan senang seh nak adapt suasana, budaya baru.
haha. doakan aku berjaya makan roti hari hari.

sori lama dah tak jenguk blog korang.
tenet susah la kat sini.
kalau laju pun YM dgn skype je la.
apa YM korang eh? meh aku add. ;D

---------------------------tumpang berpuitis--------------------


aku pernah berperang demi satu cinta.
aku pernah berseronok bersama cinta.
aku pernah bercerita tentang cinta.
aku pernah juga mati kerana cinta.

kerana itu aku sedar.
aku dicipta untuk terus berlari.
walau selambat kura kura tua.
aku akan terus berlari demi satu janji.

bisik aku ini kosong hei wonderwoman.
agar kau terbang dan aku melambai lambai.

Monday, October 5, 2009

aku dan Bahrain

"wahhh"
itu perkataan pertama aku mula kan entry hari nie.

dari aku amirul izha sharuddin.
jam 10 pagi disini. jam 3 petang di malaysia.
berada di Gulf Air Airport, Bahrain.

satu malam aku bermalam di Bahrain.
sampai sampai aku melihat udara yang penuh dgn debu debu pasir.
dikelilingi air laut yang biru seakan pulau tioman.
melihat budaya suasana yang begitu berbeza dan jauh berbeza.
kasar kasar orang orang arab nie.
panas baran. itu yang aku nampak.
tapi hati mereka aku tak tau la. haha
--------------------------------------------------------------------
aku tak keluar kan satu sen pun dekat sini.
jangan ingat pound sterling tue mahal.
rupa nya Dinar bahrain lagi mahal.
sejumlah RM13 diperlukan untuk dapat 1 Dinar. haha
-------------------------------------------------------------------
btw, terima kasih bloggers bloggers yang komen entry lepas.
alhamdullilah, cepat je aku dapat post entry baru.
:)
keep in touch semua. :)
aku rindu mama ayah adik oman nina dan semua kenalan.

p/s: sebut betul betul " bahrain, bukan " bain". haha.

Saturday, October 3, 2009

tulisan akhir dari aku sebelum berangkat ke cairo esok.

------------------------------------------------------------------
jangan gusar pada aku.
aku janji aku pulang atas nama ilahi.
membawa keikhlasan untuk berbakti pada tanah air.
percaya pada aku mama ayah adik kawan dan semua kenalan.
dan terima kasih mama ayah adik kawan dan semua kenalan.
kesilapan yang lalu aku cuba jadikan peta arah untuk mendatang.
agar aku berjaya kelak. dunia dan akhirat.
insyaALLAH.
-------------------------------------------------------------------
assalamualaikum.
aku amirul izha sharuddin.
aku mintak ampun jika aku ada salah silap
sepanjang aku berblog di tanah melayu ini.
salah silap aku zahir dan batin. harap ampunkan.
doa kan aku berjaya dalam pelajaran aku di sana. eh eh?
:)

esok. 4 oktober 2009.
11-30 A.M aku akan berlepas dari
Kuala Lumpur - Cairo.
dari aku
amirul izha sharuddin
di meja komputer Empress Hotel, Nilai.
3 oktober 2009. 11.00 P.M.
bergelumang dengan senyum muram ingin meninggalkan tanah air sendiri.
meninggalkan keluarga tercinta, kawan terhebat, dan kenalan termanis.
meninggalkan kehidupan yang aku gelar "life"
dan meninggalkan segala gala nya ke arah dunia baru.
:)
sedih sebenarnya nak catit panjang panjang.
terima kasih semua.
;D